}

Tuesday, 4 July 2017

Ciku Si Anak Bulu

Hai,

Saya ni bukanla peminat kucing yang tegar. Tapi masa balik kampung haritu, ada la sekor anak bulu ni duduk dekat tepi car porch rumah mak. Masa tu mak kucing ada lagi. So memang tak boleh nak ambik lagi sebab time tu baru lagi tekedek-kedek jalan. Perut buncit baru lepas menyusu kot.


Comel sangat color dia. Tapi sayang time ni tak boleh ambik. Mak kucing tu nampak kitorang sentuh-sentuh anak dia. Pastu terus dia gigit leher anak dia bawak lari. Masa tu saya ingat lagi 22 May 2017.

Pastu kan masa nak raya tu anak bulus yang dulu gemok buncit tu datang rumah mak. Color dia dah ada tompok warna kelabu + oren + putih. Jenis Calico (mak dia  bulu macam tortoiseshell). Kiranya masa first time jumpa tu color dia tak fully perform lagi kot. Tapi saya rasa takut tersalah kucing. Bila scroll balik gambar masa dia kecik tu sama je color oren spot tu. So rasanya betul dah kucing yang sama. Ingatkan dah bertuan tapi takde colar. Mak kucing pun jarang nampak. Tapi anak kucing ni still menyusu. Maybe time dia lapar susu dia lari balik dekat mak dia kot. Coz ada time anak kucing tu tak pergi rumah mak.

Suami kita la yang perasan dulu. Dia penggemar kucing. Time tengah hisap vape tu la dia perasan ada anak kucing datang dekat dia. Dia siap niat kalau kucing ni selalu datang rumah mak dia nak bawak balik KL. Siap belikan lagi wet food bagi makan.

Dah nak balik KL saya tanya lagi dekat pak incik. Still insist nak bawak kucing tu ke? Dia tanya saya balik. Boleh jaga tak? Boleh bagi komitmen? Hurm, saya memang tak ada pengalaman bela kucing. Tapi kalau nak jugak why not give a try kan? Saya bagi nama kucing ni Ciku. Jangan tanya kenapa Ciku. Haha! Idea datang on the spot.

On the way balik KL, si Ciku ni tak boleh rileks duduk dalam kotak. Saya bawak keluar, letak atas riba dia mencari nenen mak dia pulak. Aduhai! Habis basah lengan baju saya. Pak incik tak bagi makan/minum kalau berjalan jauh takut dia muntah nanti. Before sampai R&R bagila sikit makanan untuk dia. Then 10 minit camtu kitorang ada bau semacam. Haha! Ciku berak dalam kotak. Omg! Nasib baik dah nak sampai R&R.

Saya sebenarnya geli nak pegang Ciku sebab kutu bejalan jalan dekat badan dia. Stray cat kan. Risau jugak kutu tu hinggap dekat Aisling pulak. Futhermore on aircond. Nanti terbang sana sini suka hati nak hinggap. Tapi alhamdulillah setakat ni kitorang bebas kutu.

Tengok la tido pun nak peluk. Plus sejuk aircond kot.
 Sedap la tido. Ada haba. Hehe

So far tak banyak peel la si Ciku ni. Dia duduk diam je atas riba. Takda pulak nak mengiau ke lompat sana sini. Duduk diam, baring, tidur je. Good girl! Sampai KL je pak incik singgah rumah mak dia kejap ambik cage rabbit. So far si Ciku ni kecik lagi so muat la duduk dalam cage tu untuk sementara waktu. Then kitorang pergi beli ubat kutu untuk dia. Yang paling penting buat masa ni. Haha!



Disebabkan Ciku ni stray cat, kitorang tak boleh hantar dia pegi grooming lagi. Kebanyakan salon takkan accept. Lagipun Ciku tak boleh adapt lagi dengan keadaan sekeliling. Kitorang takut dia stress. So kita sembur ubat kutu dulu. Memang the best la ubat ni sebab apa tau. Sembur je kutu kutu tu jatuh and mati serta merta. Cara sembur dia kena opposite direction bulu tu. Ada 2 jenis sebenarnya ubat kutu FRONTLINE ni. Coz saya pernah nampak SIL guna untuk kucing lain. Bentuk dia mcm tiub gam UHU tu but kecik. 5ml je kot kalau tak silap.

But pakai spray lagi puas hati kot. Now Ciku is officially bebas kutu. Esoknya tu kitorang bawak dia pergi vet. Ingatkan doc boleh bagi vaccine dekat Ciku. Tapi tak boleh lagi. Kena datang after 1 week. Doc just bagi antibiotic sebab based on blood test Ciku tu dia nampak ada darah parasite dalam badan Ciku.

Terkejut jugak la masa tengok vet tu cek suhu badan Ciku dengan memasukkan termometer dalam bontot dia. Habis saya kena gigit dan cakar. Huhu! First time pergi vet and tengok procedure depan mata. Mana tak terkejut kan. Saya rasa Ciku dah banned vet tu. Asal vet tu nak pegang dia je mengiau kuat. Bertabahla Ciku. For your own good jugak.

Now Ciku seems so fine dekat rumah. Golek sana golek sini. Just kena monitor dia from time to time jugak coz dia suka menghilang. Pak incik pesan kalau taknak bagi dia buat something silly just spray air je kat muka dia. Nanti dia tak buat dah. Especially dia suka sangat main dekat belakang fridge and tempat modem, astro tu. Bahaya tau! Ciku ni umpama baby yang tengah dalam fasa nak discover everything. EVERYTHING!

Kakak Aisling suka melayan dia. Tapi kena monitor jugak takut Aisling terkasar dengan Ciku.
Nanti Ciku stress. Ai pun lagi stress.
Haha!


Rasa nak mengintai apa Ciku buat.
Membuta rupanye.


Close up.
Kusyen empuk.

The naughty Ciku 

Mommy Love you, Ciku.





Monday, 3 July 2017

Ayam Goreng Kunyit

Hai,

Siapa puasa 6 harini? Alhamdulillah..Saya tak berkesempatan lagi nak puasa 6. Jadi, encik suami sorang jela yang puasa. Walaupun dah Syawal tapi suasana masih lagi rasa macam bulan Ramadhan pulak. Yelah, saya masak dan makan pun time suami berbuka je.

Dari semalam sampai ke hari ni pergerakan saya terbatas. Sakit urat satu badan. Puncanye sebab workout hari Sabtu lepas. Haha! Tak strecthing tak warm up gitulah kekdahnye. Padan muka. Jalan dah macam robot. Silap pergi buat squat tak henti.

Disebabkan sakit tak boleh berjalan sangat, pagi tadi saya buat sandwich ayam je untuk makan pagi. Habiskan saki baki minced chicken dalam freezer tu dengan 9 keping roti. Ada lebih saya simpan sikit untuk pak incik berbuka nanti. Lepastu dia tanye pulak kite ni dinner nanti nak masak ape.
Nak makan ayam goreng kunyit katenye.

Yelah. Kite buatlah untuk awak. Hehe! Nasib bahan ade. Kacang panjang dengan kobis putih takde saya gantikan dengan carrot dan brokoli. Okla tu kan janji sedap! Tu yang penting.

Ayam Goreng Kunyit

Hurm. Rasanya semua orang tau kot nak buat ayam goreng kunyit ni. Sebab simple sangat!


Bahan-Bahan:
Ayam - ( potong kecik, perap bersama serbuk kunyit,garam,black pepper,serbuk cili Baba's, serbuk kari ikan Baba's)
Brokoli - potong kecik
Carrot - potong halus memanjang
Minyak masak
1 biji Bawang besar - potong besar
3 ulas Bawang putih - ketuk
1 biji cili merah - potong serong
4 biji cili padi - potong 2

Caranya:

1) Ayam diperap dulu.

2) Panaskan minyak dan goreng ayam perap tu. Kacau dengan kerap supaya masak sama rata.

3) Masuk bawang putih yang diketuk tadi. Kacau. Masuk hirisan carrot, hirisan bawang besar, cili padi dan hirisan cili merah.

4) Last sekali baru masukkan brokoli. Brokoli terlebih masak nanti jadi tak rangup dan hilang zat dia.Jadi kita masuk paling last.

5) Sedia untuk dihidang

Ni versi saya la kan. Hehe. Tapi buatla versi macam mana sekalipun tak boleh nak beat dengan kesedapan ayam goreng mat rock tu. Lagi satu saya suka makan ayam goreng kunyit meletop dekat bawah foodcourt PNB Jalan Binjai tu. Allah sedap betul la ayam goreng kunyit dia. Bukan takat ayam je, sotong dengan udang pun ada. Dulu kerja area situ, setiap Jumaat memang akan pergi situ makan. Sambal dia memang terangkat. Hihi!

Aish! Dah terbayang pulak! Hancus la diet ku ini!


Saturday, 1 July 2017

Sambal Sotong

Sambal Sotong 1 Syawal 1438H

Salam & Hi,

Teringat-ingat pulak sambal sotong haritu. Abah dah bosan kot makan lauk raya. Abah request nak sambal sotong. Tengah malas sebenarnya time tu. Tapi semua tercari-cari nasi. Saya masak jugakla untuk abah. Mak dah blend siap-siap cili kisar. Senang cerita tumis jela kan.

Untuk resepi ni saya guna 6 bahan je.

1) Sotong jarum - abah kata rasa dia lebih manis

2) Cili kisar - cili kering+bawang merah+bawang putih+halia

3) Bawang besar- hiris tebal

4) Air asam jawa

5)Bawang merah- mayang

6) Garam,gula


Just panaskan minyak. Tumis bawang merah yang dah dimayang halus. Tunggu naik bau baru masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Lama sikit pun tak ape. Lagi sedap. Kalau kering masukkan sedikit air. Sikit je tau sebab sotong nanti pun akan keluarkan air.

Letak air asam jawa. Kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa dah cun baru masukkan sotong dengan hirisan bawang besar. Dah mendidih tu boleh la tutup api dapur dan sedia untuk dihidang. Senang kan? Sotong paling last masuk tau sebab kita taknak liat. Bila makan tu still rasa lembut dan juicy.

Eeee sedap pulak bila teringat. Tapi apakan daya bila dah balik KL ni nak beli seafood pun takut sebab harga sini jauh lebih mahal dari harga dekat pasar kampung. Suami saya berlapang dada bila beli seafood dekat kampung. Murah! Kalau dekat sini jangan harap la. 2-3 ketul pun dah berpuluh ringgit. Bukan ambik yang gemok-gemok pun.

Nak buat shellout?Jauh sekali lah nampaknye. Hihi!




Roti Sandwich

Salam & Hi,

Siapa selalu beli roti tapi tak pernah habis sampai la habis tarikh luput tu? Tengok orang beli kita pun nak beli roti. Macam pelengkap la kat rumah tu kan bila ada roti. Tapi makannye tidak pun. Memang saya jenis macam tu sorang kot. Tak tau la yang lain kan. Tapi memang susah betol nak habiskan sebuku roti tu.

Baru-baru ni mak saya ajar buat sandwich. Kadang-kadang pun sama jugak dekat rumah mak saya beli roti pun tak bersentuh. Tapi bila buat sandwich sampai pek jumbo tu pun licin.

Tadi suami saya ajak piknik by the pool. Dia dah pesan balik kerja je nak terjun swimming pool dengan Aisling. Siap pesan lagi nak makan sandwich. Saya pun suruh la dia belikan cheese slice tu dengan mayonis. Roti saya pakai wholemeal bread tu. Tau dah kalau tak buat sandwich ni memang mengeras jela dia dalam peti sejuk tu kan. Hehe!

Sebelum pembaziran berlaku ada baiknye saya buat ikut resepi mak saya ajarkan tu. Bahan dia takdela susah mana pun. Senang sangat cara penyediaannya. Tengah menaip ni pun terasa lapar sandwich lagi. Aigooo!

Aje ni la bahan-bahannye. Tak susah mana pun.

Yang dalam mangkuk sudu tu adalah ayam cincang. Sebelum tu goreng la dulu bawang besar sampai naik bau. Kemudian masuk aje daging cincang tu. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam, dengan black pepper. Bagi betul-betul ayam tu masak. Baru gaulkan dengan mayonis.



Ni la rupa kejadian. Bila buat dengan mak semua nampak so nice je kan. Ambik la angle macam 
mana pun tetap la menggiurkan. Haha!


Yang ni saya buat sendiri tanpa mak disisi. Pakai wholemeal bread.
Semua gemok-gemok. Mak pesan suruh tekan sikit roti tu baru cantik. Haha!
Boleh dapat 16 keping sandwiches tapi lagi 2 keping kami dah ngap dulu.
Kenot tahan!

2nd attempt. Okla tu kan. Haha!


Picnic by the pool. Tapi dia tak makan.
Mak & Pak dia yang pelahap.

So lepasni saya dah boleh nampak dah kerajinan membeli roti dan menghabiskan tu seiring dan sejalan. Mungkin lain kali boleh cuba dengan telur rebus pulak. Kan?

Selamat mencuba!



SHRMZB 2017

Salam & Hi,

Kan dah kata kalau rajin mesti sampai 2-3 entry saya kasi up. Haha! Saje nak tunjuk gambar raya kali ni. Kali ni kitorang team kelabu. Tahun ni seronok sebab team raya belah kampung saya. Jangan marah ye encik suami. Nanti iols belanja u burger lab!

The Azman's


 Aisling with her aunty. Ariana. Same age. But ini merangkap mak sedara Aisling tau


 Aisling dengan Atok


Ni adalah tulang belakang kami. Orang kuat dibelakang tabir kehidupan kami. 
Sayang Ma.

Maybe next raya should have a proper picture raya la kan? Hehe. Susah nak kumpul ambik gambar sebab masing-masing ada kerja. So ini jela gambar yang ada. 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 

Aisling Turns 3

Salam & Hi,

Lama betul tak update blog. Asyik on & off je kan. Hehe. Bila rajin datang menerpa 2-3 entry saya post. Bila malas, sampai berbulan-bulan malah bertahun-tahun langsung tak menjenguk blog ni. Alah, entah siapa je la yang baca blog sekangkang kera ni kan. Pada yang sudi membaca terima kasih banyak-banyak. Takda apa yang special pun cuma sekadar perkongsian dari diri ini untuk tatapan di hari tua nanti. Hihi.

Masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam. Tahun ni dah sudah. Tahun depan belum tentu lagi kita boleh bertemu lagi bulan Ramadhan. Harap sangat Allah panjangkan umur kita ni lagi. Insya Allah. Amin!

Berbalik pada tajuk entry saya tu. Birthday anak saya memang selalu jatuh pada bulan Ramadhan. Jadi preparation tak buat apa sangat. Boleh dikatakan lebih relaks compared last time. Sekadar beli kek je kali ni and sambut dengan family saya di kampung. Tak macam last time, saya prepare goodie bags untuk kawan-kawan taska anak saya tu. Lagipun ada buat jamuan kecil juga di sana. Kelam kabut sikit nasib baik tak jadi hijau. Hihihi!

Untuk kali ni saya mintak pertolongan dengan cousin saya sendiri untuk bake cake. Temanya adalah..Jeng!Jeng!Jeng!










Tema Frozen tapi bukan Princess Elsa & Ana. Tapi Olaf. Sebab anak saya suka sangat dengan Olaf the Snowman ni. Disebalik fondant tu cousin saya buat rainbow cake disalut dengan chocholate ganache. Boleh bayang tak kesedapan dia? Hehe. Anak saya sampai sugar rise kot makan. Saya selaku mak dia sayang betul nak potong kek macam ni. Dilema betul. Tapi potong la jugak. Huhu.

Alhamdulillah Aisling dah masuk 3 tahun. Kejap betul masa berlalu. Rasanya baru semalam je dia keluar dari perut. Hihi! Bila tengok balik scar c-sect tu. Pengorbanan yang paling besar pernah saya buat untuk anak. Semoga Aisling menjadi anak yang solehah, taat pada daddy&mommy. Hormat orang tua. Tolong orang yang dalam kesusahan. Berbudi bahasa dan dilindungi oleh Allah. Amin ya Rabb!

Next birthday pulak? Mestila si Daddy. Nak cerita sekarang nanti dia baca. Kita reveil nanti kay! Haha!






Thursday, 19 January 2017

Spicy Cheese Chips - Wondercheese




Assalamualaikum.

Siapa yang tak tahu lagi akan kerepek ni? Dah lebih 2 tahun saya menjana pendapatan dengan menjual kerepek viral ni. Sedap sangat sampai tak sedar makan makan dah tinggal separuh balang. Kerepek yang bersalut cheese dan rasa spicy ni memang kena dengan tekak orang Malaysia. Yang memang penggemar pedas memang suka repeat order berbalang balang untuk buat stok di rumah.

Saya sendiri pun kadang kadang tak tahan tengok, terbukak la sebalang padahal stok yang ada tu semua untuk dijual. Hehe! Oh ya! Wondercheese ni produk keluaran bumiputra. Ianya Halal dan boleh dimakan oleh segenap lapisan masyarakat.

Wondercheese ni ada 2 jenis iaitu balang besar 600gm dan balang kecil 450gm. Balang besar harganya RM25 dan balang kecil pula harganya RM18. Harga yang sangat affordable. Dan kalau beli borong insyaallah akan dapat special price ya.

Boleh contact saya untuk COD area Puchong & sekitar Ampang Park, KLCC. Boleh whatsapp 019-2573107 untuk order ya. Selalunya bila time nak raya memang ramai yang booking Wondercheese ni untuk buat kudap kudap di hari raya. Sambutan sangat menggalakkan. Kalau taknak terlepas peluang boleh la whatsapp saya untuk lock order.

Pada yang duduk di Shah Alam, suka jalan jalan ke butik di Alam Avenue tu, boleh juga singgah di Sarradhyya Butik untuk dapatkan Wondercheese di sana ya. Harga masih sama. Kalau musim perayaan selalunya saya akan bagi harga promosi.

:)


Copyright © to Najiha Khairul.