}

Wednesday, 26 March 2014

#rememberMH370



My deepest condolences to the loved ones of the 239 casualties on flight MH370. Al-Fatihah

Tuesday, 18 March 2014

Nasi Lemak Sambal Udang





Pagi ahad, lepas bangun tidur dah terbayang-bayang nak masak apa untuk brunch. Husband takda keluar berbasikal dengan kawan dia, Yeoh. Walaupun dengan keadaan jerebu yang semakin teruk tapi alhamdulillah, turun jugak hujan di pagi ahad tu walaupun sedikit. 

Sementara tunggu husband balik, I siapkan bahan-bahan untuk nasi lemak. Lebihan udang tempoh hari, dihabiskan untuk buat sambal udang. Muak juga kalau makan sambal ikan bilis setiap kali buat nasi lemak.
Kali ni I berhati-hati dengan penggunaan cili kering. Perut husband sangat sensitif. Tak boleh makan pedas sangat. Sometimes bila tak pedas, dia ngomel pulak. Tengok mood dia.

Jom try!

Bahan-bahan (sambal udang):

Udang hidup
Setengah bawang besar (dihiris kasar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
Sedikit cili kering (dikisar)
Air asam jawa/ asam keping
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara:

1) Kisar bahan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

2) Masukkan air sedikit if nampak bahan tumis tadi kering then masuk air asam jawa/asam keping. 

3) Sudah mendidih, masukkan udang dengan bawang besar. Kacau.

4) Perasakan dengan garam dan gula.


Bahan-bahan(nasi lemak):

3 cawan beras
2 setengah cawan air
2 helai daun pandan --simpulkan
Setengah kotak santan
2 ulas bawang putih (mayang halus)
2 ulas bawang merah (mayang halus)
Halia ( mayang halus)
Garam

Cara-cara:

1) Bersihkan beras dan toskan.

2) Masukkan beras didalam rice cooker. Sukat 2 setengah cawan air. Masuk semua bahan-bahan yang dimayang halus bersama dengan daun pandan dan santan.

3) Letak garam sedikit. Kacau rata

4) Biarkan masak.

Bahan-bahan lain:

Telur (direbus/digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Kacang tanah (digoreng)
Timun

Siap!


Monday, 10 March 2014

Mee Udang



Hari Ahad baru ni mak mertua dengan anak saudara datang rumah. Jadi dah berfikir awal nak masak something untuk mereka. Rasa macam nak makan Mee Udang je pulak. So, Jumaat tu kebetulan ada pasar malam berdekatan dengan rumah I. So sempatla cari bahan-bahan nak buat.

I refer resipi dari Hanis Zalikha. Baru first time jugak I cuba buat Mee Udang. Dulu pernah rasa sekali je. So kali ni i try n error. Tak pasti rasa apa yang patut ada dalam Mee Udang ni. Cuba jelah kan. Kalau tak mencuba, kita takkan tahu.

Anak- anak saudara husband seharian berenang. Memang kena la dengan timing I masak. Dah berenang, mesti penat tambah pulak dengan perut lapar lagi. Diorang naik je dah boleh makan. Ala-ala buffet gitu.
Kalau nak resipi boleh tengok disini ataupun search je dekat google "Mee udang". Resipi Hanis Zalikha tak seratus peratus I ambil. Sebab ada bahan yang takda di rumah.

Jom try!

Bahan-bahan (dikisar):

5 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Cili kering (satu mangkuk kecil- direndam)
Belacan (sebesar ibu jari)
Udang kering (setengah mangkuk kecil- direndam)
Sedikit air

Bahan-bahan (celur):

Mee kuning
Sawi
Fishball
Fishcake
Tauhu
Taugeh (yang ni je I tak celur)
Udang hidup- 24 ekor (ini saja yang bukan dicelur tapi direbus asing, jangan buang kepala udang dan air rebusan udang)
Telur (direbus)

Bahan-bahan (lain):
5 asam keping (nak ganti dengan air asam jawa pun boleh)
Air rebusan udang
Limau nipis
Cili merah
Minyak masak

Cara-cara:

1) Boleh start merebus udang hidup dulu. Tunggu sampai udang bertukar warna dan air rebusan mendidih kemudian tutupkan api dapur dan asingkan udang tadi dari air rebusan. Kopek kulit udang dan kepalanya. Asingkan isi udang dalam bekas lain. Blend kulit udang dengan kepala udang bersama air rebusan. Then tapiskan.

2) Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar. Panaskan minyak masak dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Just to ensure yang bahan tumis masak sepenuhnya. Taknak ada orang sakit perut disebabkan bahan tumis tak masak.

3) Masukkan asam keping dengan air rebusan ke dalam tumisan tadi. Kacau rata. Kalau kuah macam tak cukup boleh tambahkan air. Ikut banyak mana yang nak makan bersesuaian dengan mee yang telah dicelur.

4) Perasakan dengan gula dan garam.

-- Apa tunggu lagi kan. Hiasilah mee udang anda seperti gambar diatas. Yang penting kat sini, kuah dia kena sesedap mungkin. Air rebusan udang sedikit sebanyak dapat membantu memberi rasa kepada kuah. Selamat mencuba ya!



#prayforMH370



Entry kali ini untuk menghormati penumpang serta anak kapal bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.Sebak bila memikirkan nasib mereka, bingung bila tiada khabar berita. Semoga Allah mempermudahkan urusan mencari dan menyelamat. #08032014

Amin.

Thursday, 6 March 2014

Brownies




Sorry agak lama tak update resipi baru. Banyak sebenarnya resipi-resipi yang ada dalam kepala ni. Cuma takda masa nak update dalam blog je. Busy, masalah kesihatan lagi, malas pun ada. Husband selalu ingatkan I suruh update blog. Nak transfer gambar lagi, nak edit gambar lagi, nak karang ayat lagi. Haih! Susah sebenarnya. Antara malas dengan rajin je. Sekarang ni macam relaks sikit. Jadi I nak cerita pasal brownies dulu. Resipi lain nanti-nanti dulu ya.

Buat cake/cookies ni I tak pandai sangat. Memang selalunya kalau buat pun sekadar jadi saja. Tak reti sangat nak modify itu ini. Tak macam lauk kampung atau makanan yang bergoreng. Bolehla main campak-campak bahan. Tapi cake/cookies ni kalau main campak-campak je bahan memang takkan menjadi la cake/cookies tu. Barang nak buat bukan murah-murah macam dulu dah. Kalau tak menjadi tak ke rasa macam membazir. Lepastu rasa terkilan pulak kan.

Brownies ni husband la yang tiba-tiba nak makan. Tengah baring sambil mata tertutup dia boleh mintak brownies. I ingat nak belanja dekat Secret Recipe je. Sekali dia nak I buat jugak. Macam-macam la husband I yang seorang ni kan. I letak syarat. If nak I buat brownies kena sediakan resipi. Husband pun cari la dalam internet. Cari banyak-banyak tapi I yang filter mana satu nak refer.

Terpesona sekejap bila bukak satu blog ni. Gambar dia pun cantik-cantik je. Memang sangat kreatif. Scroll-scroll resipi dia ada dwibahasa (English/Malay). Macam menarik and simple je resipi brownies dia tu. Senang-senang nanti boleh visit blog azlitamasammanis.com kalau nak tengok resipi-resipi dia yang lain. Resipi brownies yang I buat ni pun hasil dari resipi dia. Tapi hasilnya memang tak secantik macam dia lah kan.

Kebetulan I balik rumah momma minggu lepas, sempatla tanya momma bahan-bahan yang ada dalam gerobok tu. Dah check everything, mana bahan yang takda I ajak husband pergi beli terus. Yelah, dah malam masa tu. Nanti lambat kedai tutup pulak. Nanti ada yang merajuk tak dapat makan brownies. Malam tu jugak la project brownies bermula.

Resipi di bawah I memang ambil bulat-bulat dari azlitamasammanis.com. Maaf andai ada pihak yang tidak berpuas hati atau apa. Niat I hanya untuk belajar and share resipi yang bagus ni untuk tatapan umum. Tiada unsur jahat pun. (mohon share ya kak ita)

Bahan-bahan dan Cara-cara:

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

--Alhamdulillah. Ikut resipi dari kak ita ni memang 100% menjadi. Cuma disebalik pembikinan brownies malam tu, I tersalah beli coklat masakan. I terambil white chocolate instead of dark chocolate. But its ok. Lesson learnt kan, asalkan ianya coklat masakan. Dan disebabkan I tersalah ambil white chocolate tu, momma kata white chocolate rasa-nya manis sedikit. Jadi I kurangkan penggunaan gula perang dalam adunan. I sukat gula perang 260gm sahaja. Itupun masih lagi manis. 

Brownies memang manis, tapi nak lawan manis tu kena la letak hot chocolate diatas permukaan brownies yang dah siap masak. I tak letak pun sebab bahan untuk buat topping tak ada. Jadinya husband n momma makan macam tu je. Makan time suam-suam sangatla mengundang kesedapan.

Note:-
Malam tu I tak jumpa telur Gred A jadinya I gantikan dengan telur biasa sebanyak 7 biji. Semua sedia maklum kan telur Gred A size-nya lagi besar berbanding gred-gred yang lain. 

Give it a try! 



Copyright © to Najiha Khairul.