}

Thursday, 6 March 2014

Brownies




Sorry agak lama tak update resipi baru. Banyak sebenarnya resipi-resipi yang ada dalam kepala ni. Cuma takda masa nak update dalam blog je. Busy, masalah kesihatan lagi, malas pun ada. Husband selalu ingatkan I suruh update blog. Nak transfer gambar lagi, nak edit gambar lagi, nak karang ayat lagi. Haih! Susah sebenarnya. Antara malas dengan rajin je. Sekarang ni macam relaks sikit. Jadi I nak cerita pasal brownies dulu. Resipi lain nanti-nanti dulu ya.

Buat cake/cookies ni I tak pandai sangat. Memang selalunya kalau buat pun sekadar jadi saja. Tak reti sangat nak modify itu ini. Tak macam lauk kampung atau makanan yang bergoreng. Bolehla main campak-campak bahan. Tapi cake/cookies ni kalau main campak-campak je bahan memang takkan menjadi la cake/cookies tu. Barang nak buat bukan murah-murah macam dulu dah. Kalau tak menjadi tak ke rasa macam membazir. Lepastu rasa terkilan pulak kan.

Brownies ni husband la yang tiba-tiba nak makan. Tengah baring sambil mata tertutup dia boleh mintak brownies. I ingat nak belanja dekat Secret Recipe je. Sekali dia nak I buat jugak. Macam-macam la husband I yang seorang ni kan. I letak syarat. If nak I buat brownies kena sediakan resipi. Husband pun cari la dalam internet. Cari banyak-banyak tapi I yang filter mana satu nak refer.

Terpesona sekejap bila bukak satu blog ni. Gambar dia pun cantik-cantik je. Memang sangat kreatif. Scroll-scroll resipi dia ada dwibahasa (English/Malay). Macam menarik and simple je resipi brownies dia tu. Senang-senang nanti boleh visit blog azlitamasammanis.com kalau nak tengok resipi-resipi dia yang lain. Resipi brownies yang I buat ni pun hasil dari resipi dia. Tapi hasilnya memang tak secantik macam dia lah kan.

Kebetulan I balik rumah momma minggu lepas, sempatla tanya momma bahan-bahan yang ada dalam gerobok tu. Dah check everything, mana bahan yang takda I ajak husband pergi beli terus. Yelah, dah malam masa tu. Nanti lambat kedai tutup pulak. Nanti ada yang merajuk tak dapat makan brownies. Malam tu jugak la project brownies bermula.

Resipi di bawah I memang ambil bulat-bulat dari azlitamasammanis.com. Maaf andai ada pihak yang tidak berpuas hati atau apa. Niat I hanya untuk belajar and share resipi yang bagus ni untuk tatapan umum. Tiada unsur jahat pun. (mohon share ya kak ita)

Bahan-bahan dan Cara-cara:

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

--Alhamdulillah. Ikut resipi dari kak ita ni memang 100% menjadi. Cuma disebalik pembikinan brownies malam tu, I tersalah beli coklat masakan. I terambil white chocolate instead of dark chocolate. But its ok. Lesson learnt kan, asalkan ianya coklat masakan. Dan disebabkan I tersalah ambil white chocolate tu, momma kata white chocolate rasa-nya manis sedikit. Jadi I kurangkan penggunaan gula perang dalam adunan. I sukat gula perang 260gm sahaja. Itupun masih lagi manis. 

Brownies memang manis, tapi nak lawan manis tu kena la letak hot chocolate diatas permukaan brownies yang dah siap masak. I tak letak pun sebab bahan untuk buat topping tak ada. Jadinya husband n momma makan macam tu je. Makan time suam-suam sangatla mengundang kesedapan.

Note:-
Malam tu I tak jumpa telur Gred A jadinya I gantikan dengan telur biasa sebanyak 7 biji. Semua sedia maklum kan telur Gred A size-nya lagi besar berbanding gred-gred yang lain. 

Give it a try! 



No comments:

Post a Comment

Copyright © to Najiha Khairul.