Thursday, 23 January 2014
Egg Tart
Rindu nak buat egg tart. Projek ni i selalu buat dengan mak. Kalau buat sorang-sorang i rasa macam ada yang tak lengkap. Yelah, buat sorang-sorang. Emo je buat pastry. Pastu banyak berangan. I tak boleh buat kerja diam-diam. Kena ada riuh rendah. Kalau masak lauk pauk baru kena diam-diam sebab nak fokus.
Buat pastry senang je, sambil gentel-gentel, tumbuk-tumbuk sempat lagi bergosip dengan mak. Sebab tu perlukan teman, sebab benda senang. Tak ambil masa, tak rumit. Sekali buat boleh lah dapat dalam 48-50 biji.
Dulu sebelum kahwin, selalu jamu egg tart ni time raya. Kadang- kadang dapat request dari kawan-kawan sekolah. Roy memang gilakan egg tart ni. First thing bila beraya nak rasa egg tart dulu. My bestfriend Nadia pulak, kalau time raya mesti cari ayam masak merah. Dia tu hantu ayam masak merah. Mesti buat untuk dia.
Tahun ni insyaallah, kalau berkesempatan. Sebab masing-masing dah ada life masing-masing. Raya tiap tahun tak sama dah. Tapi siapa yang taknak menjamu kawan-kawan sekolah dulu kan? Mestila nak. Mestila rindu.
Jom try!
Pastry
Bahan-bahan:
250gm planta/mentega
100gm gula ising
500gm tepung gandum
2 kuning telur
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar air
Caranya:
1) Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
2) Campurkan planta/mentega dengan tepung tadi. Dalam kes ni tak perlu la nak pakai spatula. I pakai tangan je senang nak ramas bahan tu sampai membentuk jadi "crumbs" kasar. Make sure tangan tu bersih ye.
3) Next step, tambahkan kuning telur, esen vanilla dengan air. Gaul lagi dengan tangan.
4) Bila dah sebati semua adunan tadi bentukkan dia menjadi bola dan sejukkan. Sejukkan tu bukan bermakna kena masukkan dalam fridge. Sejukkan dengan suhu bilik je.
5) Ambil acuan dan terapkan doh tu. I tak measure ketebalan. Tapi pastry jangan terlalu tebal or terlalu nipis. Then ambil garfu, cucukkan pada acuan tadi supaya gelembung angin keluar. Bakar dalam 5-10 minit je dengan suhu 180C.
Inti telur
Bahan-bahan:
(A) 250ml air +100gm gula - dimasak dan biarkan sejuk.
(B) 5 biji telur + 100ml susu cair/segar - sebatikan 2 bahan ni. I guna susu segar. Kadang-kadang guna susu cair. Mana-mana pun boleh.
Caranya:
1) Campurkan bahan (A) dan (B) kedalam bekas dan tapis bahan yang tak larut serta buih.
2) Pastry yang dah dibakar selama 5-10 minit tadi disejukkan sekejap. I selalu buat macam tu utk kasi gap pada pastry. Meanwhile tunggu pastry jadi suam, i bakar acuan yang lain dulu.
3) Bila pastry dah suam-suam baru masukkan inti telur ke dalam acuan pastry tadi dan bakar selama 5-10 minit. Part ini kena selalu perhati jugak sebab kulit pastry cepat masak tapi inti telur still cair. So kena pandai-pandai main dengan masa dan suhu oven.
Pavlova
Last month ambil cuti panjang sikit dari biasa untuk balik kampung. Husband pun tak kisah. Mak pun dah tertanya-tanya bila nak balik sebab dia tak sabar nak cuba resipi baru. PAVLOVA. Mak bukan tak boleh buat sorang-sorang cuma lagi seronok kalau ada teman. Anak perempuan sorang je kan. I pun tak pernah cuba apatah lagi merasa PAVLOVA ni.
Heard from one of my friends, Pavlova boleh dapat dekat Alexis. One slice is about RM 15. Kalau tak silap i lah. Mahal kan? Dulu memang orang berebut-rebut makan benda ni. Tapi now, daripada berhabis duit RM15 tu dapat one slice je better buat sendiri. Resipi pun bersepah dalam blog. Rugi kalau tak mencuba. Bahan-bahan nak buat takde la costing mana pun. And tak susah, but i ada baca comment dalam blog tu sesetengah kek diorang tak menjadi.
So far, i buat for the first time alhamdulillah menjadi. Cuma i tak tahu bila bakar dalam oven tu samada guna api bawah or atas. So yang tu i main agak jugak. Kejap tukar api atas, kejap tukar api bawah. So texture warna pun balance. Surface bawah pun tak hangus, atas pun cantik je.
Jom try!
Part 1
Bahan-bahan untuk basic "meringue":
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan gula (i kurangkan sedikit)
4 biji putih telur sahaja (dalam gambar tu i saje letak kuning telur sekali sebab nak buktikan memang kuning telur semata diasingkan)
Caranya:
1) Pukul 4 biji putih telur tadi using stand mixer. I pakai hand mixer senang nak control. Pukul sampai putih telur tu kembang, gebu dan berbuih.
2) Masuk gula sedikit demi sedikit then pukul kan lagi sampai dia jadi pekat dan likat macam dalam gambar no.2 tu. I siap test lagi dengan terbalikkan bowl tu. Since dia punya bahan tak jatuh mengikut graviti, so that's mean meringue i menjadi.
3) Next step baru masukkan tepung jagung,cuka makan and esen vanilla. Kacau sampai sebati macam dalam gambar no. 3.
Part 2
* Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C lebih kurang 15 minit.
1) Sediakan loyang membakar dan letak kat atas tu kertas minyak macam dalam gambar no. 1. Mak i dah siap buat bulatan so that adunan tu akan kekal dalam bulatan tu je. Even shape tak berapa nak bulat sangat tapi Pavlova ni from what i seeing la kan, makin selekeh makin cantik. No need a perfect round shape pun. So jangan gelabah if korang punya bulatan tu tak lawa. Who cares anyway? Nanti masuk perut jugak.
2) After 15 minutes oven dah dipanaskan baru masukkan loyang tu (gambar no.2) I turunkan suhu 130C and bakar dalam 30-45 minit je. Kena selalu perhatikan takut hangus bahagian bawah and atas. I main api atas and bawah selang 10 minit.
3) Bila dah siap bakar, i tak terus keluarkan sebaliknya i bukak pintu oven tu and biarkan kek tu sejuk dekat dalam. I dapat info dari blog so i guna je petua dia bagi. Lebih kurang dalam 15 minit dah boleh keluarkan. Hasilnya macam gambar no. 3
4) Now untuk topping dia pulak, mak i beli dekat pasaraya je. Mana-mana pun boleh dapat. So i measure 1 cup je sebab topping cream ni memang dah manis.
Part 3
1) Kek tu i sempat rasa, i ambil yang pecah-pecah kat tepi memang rasanya sangat manis. Topping sekadar nak tutup permukaan atas pun dah cukup. Tak perlu banyak-banyak. Nanti dapat kencing manis susah pulak. Part ni husband i sebuk nak main cream tu. Suka buat muka busuk dia depan mak i. Sabar jelah!
2) Letak hirisan buah atas topping tu. Lagi meriah lagi sedap la rasa dia.
*Suppose i tanggalkan kertas minyak tu before hiaskan but then sebab first time so after sejukkan baru i teringat nak buang kertas tu.
Fungsi kertas minyak ni untuk avoid kek tu dari melekat and permukaan bawah tu jadi rata tak pecah-pecah.
Wednesday, 22 January 2014
Nasi Impit & Kuah Kacang
Husband la nak makan sangat. Sebab dia obses dengan KACANG. Tapi dia lupa, yang sebenarnya nak buang kulit kacang tu punyela azab. Lepas tu muncung mulut dia boleh sangkut kuali dah. Lepas tu i pulak muncung mulut. Dia lupa jugak kalau i buat muka lagi horror jadinya. Nak tak nak i dengan husband sama-sama menghadap kacang tu. Nasib baik bahan-bahan lain i dah prepare awal.
Actually, kuah kacang ni i dah pernah buat masa raya haji haritu. Kebetulan i tak balik kampung, so i stay rumah mak mertua je. I decide buat ayam masak merah dengan nasi impit kuah kacang. First time attempt without my mom's help. Tapi husband and anak saudara tolong i. Hilang sikit rasa takut.
Sebab nak jamu satu family, i sorang je chef (feeling je lebih). Takut jugak kalau tak menjadi kuah kacang tu. So i study dulu resipi, ikut satu persatu. Previous entry i ada mentioned yang i ni suka combine banyak resipi and main campak je bahan masak. Yup, itu yang i buat. Try n error je. Bukan yang nak makan tu Chef Wan ke ape kan.
So this time pun sama. I belek-belek 2 3 resipi then hasilnya macam gambar diatas. Kuah kacang ni pada i lah kan sedap dia terletak pada banyak mana serai and udang kering yang kita pakai. Tak tau la bagi sesetengah orang kan, tapi bagi i serai dan udang kering tu akan bagi aroma yang wangi and rasa yang sedap.
Dulu masa arwah moyang I ada lagi, nasi impit dibuat sendiri. Mana ada lagi nasi impit segera. Nasi yang baru masak panas-panas tu transfer dalam bekas lepastu moyang sediakan plastik and towel kecik dimasukkan dalam plastik tu supaya senang nak himpitkan nasi yang tengah panas mengikut saiz bekas.
Sebab tu nasi impit diberi nama :)
Jom try!
Bahan untuk dikisar:
7 batang serai
1 inci halia (i tak ukur pun, main agak je)
1 inci lengkuas (i tak ukur pun, main agak je)
1 mangkuk kecik lada kering (direndam dengan air panas terlebih dahulu)
15 biji bawang merah
9 biji bawang putih
Udang kering(i lebihkan sebab nak bagi rasa and direndam dengan air panas terlebih dahulu)
Bahan-bahan yang lain:
Nasi impit segera
500gm kacang tanah (dibasuh, ditapis, digoreng tanpa minyak)
Asam jawa/ 5 asam keping (i guna asam keping)
1 batang serai (dititik)
1 kotak santan ( i pakai santan kotak yang kecik)
1/4 minyak
Gula merah/ Gula nira
Gula putih
Garam
Caranya:
1) Kacang tanah dibasuh,ditapis dan digoreng tanpa minyak. Bagi dia masak betul-betul. Korang jangan terpedaya tengok kulit dia dah hangus tapi sebenarnya dalam tu tak berapa nak masak lagi. Api kena jaga. Kalau terlalu panas, bahagian luar akan lebih cepat hangus and bahagian dalam kurang masak. Kena pandai perhati. Dah masak tu asingkan dalam bekas, biarkan sejuk baru buang kulit kacang tu (killing part).
2) Masukkan kacang tanah dalam blender. I selalu buat separuh hancur separuh lagi kasar2. Permintaan husband punya pasal.
3) Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sampai naik bau dan pecah minyak. Lepastu masukkan serai yang dititik tadi beserta dengan asam keping. Kacau lagi.
4) Masukkan air sedikit sebab taknak dia pekat sangat. Agak dah sebati tu baru masukkan kacang yang telah di kisar separuh hancur separuh kasar. Kacau lagi.
5) Masukkan santan. Daripada kotak santan tu jugak I sukat air(about 4 kali sukatan). Kacau and bagi dia mendidih.
6) Jangan lupa masukkan gula merah/ gula nira. I tak pandai nak measure bab-bab untuk bagi rasa ni. Depends on u. Macam i lebihkan gula sikit sebab kuah kacang ni sedap kalau ade rasa manis-manis. Segala rasa kena ada. Masam masin manis and pedas. Kalau semua tu dah ada so ur kuah kacang dah ready untuk dimakan.
Bila suami menjeling dengan senyuman, hati ini pun puas. Alhamdulillah. :)
Food Frenetic
Apa itu food frenetic?
Food-Frenetic adalah satu sindrom dimana seseorang itu sangat obses atau gila dengan makanan. (i reka je..LOL) To be honest, yes i sangat gilakan makanan tapi tak semua makanan i boleh sumbat. Paling suka dengan food presentation. Setakat ni, i tak pandai sangat nak garnish makanan yang i masak tapi i utamakan RASA.
Thanks to my mama n tok yang banyak bagi tunjuk ajar. Bertuah dapat family yang suka masak and suka try n error ni. But yeah, masakan mak tiada tandingan. Kalau dah balik bercuti pun nak jugak mak yang masakkan. Nak jugak air tangan mak tu. Sekali sekala nak manja kan.
Each time i nak masak, mesti tengok resipi-resipi dalam blog orang. Tak puas hati cari pulak dalam buku/majalah. I ni cerewet sikit. Kena tengok bahan, compare yang mana ok. Paling best i combine 3 resipi then main campak je. Menjadi jugak. Whatever it is, it depends pada kata hati. If u rasa confident and nak modify sikit boleh je. If u nak tiru bulat-bulat ikut resipi orang pun boleh. Resipi turun temurun tu jangan pernah lupa. Macam kes i ni, lauk singgang ikan dengan masak belacan tu satu kemestian. Kalau tak belajar, kempunan lah i sampai bila-bila. Like i said, even kita belajar cara-cara nak masak tapi rasa tu tetap tidak akan sama macam orang tua kita masak.
"Di mana kan ku cari ganti, serupa dengan mu"
My husband pun sometimes suka masak jugak. Tapi dia more to western food and chinese food. One thing i suka bila dia masak, dia sangat teliti. Pandai garnish pulak tu. I ni setakat lauk kampung boleh la buat kan. Sebab memang tekak kampung pun.
That's why i rasa lagi honoured if dapat share all the resipi dalam satu blog. Don't mind if ada orang baca or not, as long ada simpanan dekat sini and tak perlu nak photostate or belek buku-buku resipi lagi dah. Lepas ni boleh tunjuk pada kawan-kawan yang suka bertanya macam ni " Nak resipi boleh?" "Cane ko buat wey?"
Masak dengan hati yang ikhlas, insyaallah dapat bahagiakan semua orang yang menjamu makanan kita tu nanti. Yang tu je prinsip i, nak bagi orang makan hasil dari air tangan kita, masa memasak tu janganla marah-marah, jangan bermasam muka nanti apa yang kita masak tu jadi tak sedap. Bila tak sedap, lagi lah kita emo tak semena kan. Kena happy and tenang je.
Semoga dengan kehadiran tahun 2014 ni harapnya blog ni up-to-date lah. Amin :)
Subscribe to:
Posts (Atom)