}

Saturday, 25 June 2016

Nasi Goreng Kampung Pedas & Cendawan Shitake

Salam Ramadhan Kareem,

Harini tidak sempat hendak menyediakan juadah berbuka puasa kerana satu kawasan taman terputus bekalan air. Agak susah untuk menyediakan bahan masakan dengan ketiadaan air.

Nasib baik sebelum bekalan air terputus tadi saya sempat menyiapkan bahan bahan untuk membuat nasi goreng kampung. Kebetulan nasi semalam masih elok dan banyak. Masa pula semakin suntuk.

Juadah lain seperti masak lemak merah ikan tongkol, ikan goreng semua dimasak selepas waktu isyak. Suami pula membeli murtabak dan air kelapa dari bazaar ramadhan. Ada juga penyeri untuk berbuka puasa.




Nasi Goreng Kampung Pedas & Cendawan Shitake

Nasi Goreng Kampung Pedas & Cendawan Shitake

Bahan-bahan:

(Tumbuk)
1/2 biji bawang besar 
3 biji bawang putih 
Sedikit ikan bilis
10 biji cili padi

Nasi sejuk
Ikan bilis - digoreng rangup
Cendawan shitake - dipotong kiub
Garam
Lada sulah
Sedikit minyak

Cara-cara:

1. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing.
2. Kemudian masukkan cendawan shitake. Kacau rata.
3. Masukkan nasi sejuk, garam dan lada sulah.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan sedia untuk dihidang.

Friday, 24 June 2016

Kuih Ee | Tang Yuen | Tong Yuen | Glutinous Rice Balls

Salam Ramadhan Kareem,

Harini adalah hari ke-19 kita berpuasa. Alhamdulillah, pagi tadi selepas selesai menyelesaikan urusan di bank saya mengajak suami untuk menemani ke pasaraya bagi mendapatkan sedikit barang dapur. Dalam kepala saya harini terasa ingin membuat kuih tradisi Cina iaitu Kuih Ee ( kuih Ee dalam Hokkien bermaksud kuih bulat) atau nama mandarin nya dipanggil Tang Yuen ( bermaksud sup bulat).

Kuih Ee selalunya belah suami saja yang suka makan. Dan secara tradisi nya ia akan di makan setiap kali perayaan Winter Solstice atau dalam bahasa mandarin, Dong Zhi iaitu pada bulan Disember. Semua ahli keluarga belah suami akan berkumpul dan makan bersama. Kuih Ee ini adalah simbol kesatuan keluarga.

Memandangkan suami berdarah Cina Melayu, jadi saya harus mempelajari makanan tradisi kaum Cina sebagai mengekalkan kebudayaan Cina di dalam keluarga saya. Tidak kira dari kaum apa sekalipun, tradisi dan budaya tidak harus kita lupakan.

Di sini saya kongsikan cara pembuatan Kuih Ee ini. Selamat mencuba!


Bebola sebelum dimasak


Kuih Ee | Tang Yuen | Tong Yuen | Glutinous Rice Balls

Kuih Ee | Tang Yuen | Tong Yuen | Glutionous Rice Balls

Bahan-bahan:
100gm tepung pulut
Sedikit air panas
2 cawan air biasa
Satu mangkuk kecil air sejuk
Halia tua (*optional)
Gula batu/melaka/merah
3 helai daun pandan - disimpul
Pewarna ikut suka.

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung pulut dengan air panas sehingga membentuk doh lembut, baru campurkan sedikit air biasa untuk mudah menguli.
Kemudian uli sehingga doh lembut tetapi tak melekat pada tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, bergantung kepada warna yang dihendaki. Biarkan doh asal untuk bebola warna putih.Uli sehingga warna doh itu menjadi sebati. Hanya beberapa titik warna sudah memadai untuk doh.
2. Gulung doh menjadi panjang dan cubit sedikit lalu uli menjadi bebola sebesar syiling 10 sen.Kalau berinti,bolehlah lebih besar lagi. Kalau nak masukkan inti, perlulah leperkan dahulu,masukkan sedikit pes baru diuli menjadi bebola.Letakkan bebola diatas dulang/pinggan leper, jarakkan supaya bebola tidak bersentuhan. Saya melapik dahulu pinggan dengan wrapper supaya bebola tidak melekat di permukaan pinggan.
3. Untuk sirapnya, rebus gula batu/merah/melaka dengan air dan masukkan sepotong halia yang telah ditumbuk dan daun pandan.Kemanisan mengikut citarasa.
4. Masukkan bebola tepung ke air mendidih di dalam periuk lain dan rebus sehingga bebola timbul.Angkat dan rendam dalam air sejuk seketika supaya bebola lebih kenyal dan tidak mudah melekat apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk.
5. Hidang bebola yang telah masak dan disejukkan dengan sirap halia.
6. Jika ada lebihan bebola yang belum direbus seeloknya tutup semula bebola dengan wrapper untuk mengekalkan kelembapan doh.

Aisling Turns 2

Salam Ramadhan Kareem,

Beginilah kalau terlalu lama tidak update blog. Banyak perkara yang hendak diceritakan di dalam ini. Antaranya baru baru ini ulangtahun kedua anak saya Aisling Danielle. Jadi saya berfikir tahun ini saya ingin menempah kek Elmo untuk dia memandangkan dia terlalu suka dengan watak Elmo dari Sesame Street.

Dalam masa yang sama saya sangat teruja untuk menempah sugar cookies. Mungkin agaknya nasib tidak menyebelahi saya ketika itu. Tempahan tidak lagi diambil memandangkan tarikh kelahiran Aisling hampir dengan bulan puasa. Ramai pula yang menempah untuk meraikan hari bahagia sebelum tibanya bulan puasa.

Suami pula tidak mahu saya membazir. Jadi saya hanya menempah sahaja kek Elmo untuk diraikan bersama kawan kawan nursery Aisling nanti. Agak mencabar juga untuk mencari orang yang boleh membuat kek mengikut kehendak saya. Walaupun gambar kek itu saya hanya mencari di carian Google saja.

Maklum saja ini pertama kali saya menempah kek untuk anak. Jadi saya mahu yang terbaik untuk Aisling. Kebetulan kawan saya ada mengenali seseorang yang pandai membuat kek, saya terus bertanyakan tentang hasrat saya.

Kek itu seberat 1.5kg, didalamnya pula adalah rainbow cake dengan fresh cream yang membentuk watak Elmo. Harga sangat berbaloi dengan kek tersebut iaitu RM100 saja. Memang kena dengan bajet yang saya mahukan.

Saya sangat berbangga kerana dapat jugak mencari seseorang yang boleh merealisasikan impian saya.
Sesiapa yang teringin untuk menempah kek boleh tengok instagram beliau : fafamie



(Pic from Google)



Aisling's cake

Selain daripada menempah cake saya juga menyediakan party pack untuk kawan kawan Aisling. Party pack yang terdiri daripada snack, pensil warna dan buku untuk mewarna. Walaupun simple diharapkan kawan kawan dan parents happy dan enjoy. Memandangkan Aisling tidak lagi dihantar ke nursery buat sementara waktu jadi ini adalah masa terbaik untuk berkumpul beramai-ramai meraikan.


Party pack Aisling

Thursday, 23 June 2016

Bergedil Ayam

Salam Ramadhan Kareem,

Masih lagi dalam mood untuk update resepi di blog. Kali ini saya scroll-scroll gambar di dalam handphone dan terjumpa gambar bergedil ayam. Rasanya resepi ini yang paling simple dan tidak memerlukan banyak masa untuk menaip satu persatu resepinya.

Bergedil ayam ini saya dapat dari blog seorang doktor. Dr Fatin Liyana. Memandangkan resepi dia sahaja yang tidak memerlukan banyak bahan dan tidak susah untuk sediakan . Sehingga sekarang saya masih suka menggunakan resepi beliau untuk santapan keluarga.

Saya pilih untuk tidak menggoreng tapi sebaliknya bergedil ayam ini dimasukkan di dalam air fryer.
Rasanya tetap sama dengan bergedil yang digoreng cuma saya pilih untuk ke arah yang lebih sihat dan secara tidak langsung dapat menjimatkan minyak masak.



Bergedil Ayam

Bergedil Ayam

Bahan-bahan
1/2 ayam cincang ( dari paket minced chicken)
2 biji kentang sederhana kecil
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit daun bawang - hiris
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak masak untuk menumis
Garam/Lada Sulah/Blackpepper
1 biji telur - pukul

Cara-cara:

1. Rebus kentang dengan secubit garam. Bila kentang seakan lembut tutup api dan toskan. Kemudian lenyekkan menggunakan garfu
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ayam cincang sehingga naik bau dan tutup api.
3. Satukan kentang lenyek, ayam yang ditumis, daun bawang, bawang goreng serta bahan perasa seperti garam, lada sulah dan blackpepper.
4. Bentukkan bahan tadi menjadi bebola dan penyekkan sedikit untuk mendapat size bergedil yang diinginkan.
5. Pukul sebiji telur kemudian celupkan bergedil ke dalam telur dan boleh la di goreng atau di masukkan ke dalam air fryer.
6. Masak sehingga kuning keemasan.




Prawn & Chicken Golden Bag

Salam Ramadhan Kareem,

Harini saya rajin update blog. Terpanggil untuk update kerana salah seorang rakan saya di Instagram bertanyakan resepi popiah. Tetapi entry kali ini bukan untuk berkongsi resipi popiah. Mungkin di lain masa saya akan update.

Prawn & Chicken Golden Bag ini juga adik beradik dengan popiah kerana menggunakan kulit popiah. Cuma kelainan nya pada inti dan juga balutan seperti uncang beg duit. Saya suka mencuba resepi yang tidak terlalu susah untuk disediakan dan bahan bahan yang senang di cari di pasaraya ataupun di pasar basah.

Anak saya amat menggemari menu ini kerana inti nya yang tidak pedas dan senang dihadam. Sesuai untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa ataupun sebagai santapan minum petang dihari biasa.

Kebanyakan menu masakan saya banyak dikongsikan di dalam Instagram. Tidak ada masa untuk update di dalam blog. Insha allah semoga saya rajin berkongsi resepi di sini. Kadang-kadang saya masuk juga blog sendiri untuk melihat semula resepi resepi sebelumnya. Susah hendak jumpa resepi yang dapat memenuhi kehendak hati. Nasib baik kebanyakan menu ada tercatat di dalam blog sendiri.

Baiklah, tanpa membuang masa mari kita lihat bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Golden Bag ini.

Golden Bag
(Pic from Google)

Prawn & Chicken Golden Bag

Bahan A
1 mangkuk isi ayam  - cincang 
1 mangkuk isi udang - cincang
3 biji bawang putih - cincang
1 biji cili merah - cincang
Sedikit daun ketumbar beserta akar - cincang
Sedikit daun bawang - hiris
Sedikit daun kucai - hiris
1 sk gula
1/2 sk garam
2sk seasoning maggi (*optional boleh juga digantikan dengan sos ikan)
1sk minyak bijan (*optional boleh juga digantikan dengan sos tiram)
Sedikit blackpepper 

Bahan B
Kulit popiah - saiz kecil 
Daun Kucai - dicelur dengan air mendidih dan dimasukkan terus ke dalam mangkuk air yang berisi ais. ini untuk mengekalkan struktur daun agar tidak layu dan terputus ketikan sesi membonjot kulit popiah.

Cara-cara:

1. Satukan Bahan A di dalam satu mangkuk dan gaul sebati.
2. Letakkan satu sudu kecil Bahan A ke dalam helaian kulit popiah dan ponjotkan seperti uncang beg duit.
3. Ikat ponjot dengan daun kucai yg dicelurkan tadi.
4.Goreng hingga keemasan dan tos kan.
5.Hidang bersama sos manis ataupun mayonis.

Sambal Udang Petai

Salam Ramadhan Kareem,

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah puasa tahun 2016 ini. Hari ini genap 18 hari kita berpuasa. Semoga lebih terus istiqomah dalam melakukan ibadat di bulan yang mulia ni.

Sepanjang bulan ramadhan ni,otak ligat pula berfikir menu apa untuk berbuka nanti. Belum pernah lagi makan makanan yang sama berulang kali. Hari-hari mesti menu yang berbeza untuk mengelakkan jemu. Bulan puasa beginilah semua makanan yang jarang jarang dimakan di waktu hari biasa mendapat permintaan yang tinggi dari ahli keluarga untuk ibu/isteri memasak.

Paling tidak pernah saya jemu ketika bulan puasa ialah mencari kuih cara berlauk di bazaar ramadhan. Hendak buat tidak terdaya kerana perkakas dan skill tidak mencukupi. Insya allah suatu hari nanti saya pasti akan buat juga kuih cara berlauk itu.

Ramadhan kali ini sangat berbeza dari ramadhan sebelumnya. Kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Berpuasa dan berbuka bersama keluarga selama 2 minggu di kampung sangat puas rasanya. Makanan pun menjadi meriah setiap kali waktu berbuka. Terima kasih Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini.

Alang-alang dapat berbuka bersama keluarga tercinta ni sudah pastinya saya menjamu keluarga dengan masakan yang jarang jarang kami makan. Antaranya Sambal Udang Petai.



Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai

Bahan A(kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
2 genggam cili kering

Bahan B
15-20 ekor udang
20 biji petai
Sedikit paste asam jawa
1 batang serai(dititik)
Sedikit minyak untuk menumis
Gula
Garam
3 hirisan bawang besar

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai titik sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan seketika.
3. Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan gula. Masak sehingga pekat dengan api yang kecil.
4. Tutup api dan boleh dihidang.
5. Letakkan sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan.
Copyright © to Najiha Khairul.