Harini saya rajin update blog. Terpanggil untuk update kerana salah seorang rakan saya di Instagram bertanyakan resepi popiah. Tetapi entry kali ini bukan untuk berkongsi resipi popiah. Mungkin di lain masa saya akan update.
Prawn & Chicken Golden Bag ini juga adik beradik dengan popiah kerana menggunakan kulit popiah. Cuma kelainan nya pada inti dan juga balutan seperti uncang beg duit. Saya suka mencuba resepi yang tidak terlalu susah untuk disediakan dan bahan bahan yang senang di cari di pasaraya ataupun di pasar basah.
Anak saya amat menggemari menu ini kerana inti nya yang tidak pedas dan senang dihadam. Sesuai untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa ataupun sebagai santapan minum petang dihari biasa.
Kebanyakan menu masakan saya banyak dikongsikan di dalam Instagram. Tidak ada masa untuk update di dalam blog. Insha allah semoga saya rajin berkongsi resepi di sini. Kadang-kadang saya masuk juga blog sendiri untuk melihat semula resepi resepi sebelumnya. Susah hendak jumpa resepi yang dapat memenuhi kehendak hati. Nasib baik kebanyakan menu ada tercatat di dalam blog sendiri.
Baiklah, tanpa membuang masa mari kita lihat bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Golden Bag ini.
Golden Bag
(Pic from Google)
Prawn & Chicken Golden Bag
Bahan A
1 mangkuk isi ayam - cincang
1 mangkuk isi udang - cincang
3 biji bawang putih - cincang
1 biji cili merah - cincang
Sedikit daun ketumbar beserta akar - cincang
Sedikit daun bawang - hiris
Sedikit daun kucai - hiris
1 sk gula
1/2 sk garam
2sk seasoning maggi (*optional boleh juga digantikan dengan sos ikan)
1sk minyak bijan (*optional boleh juga digantikan dengan sos tiram)
Sedikit blackpepper
Bahan B
Kulit popiah - saiz kecil
Daun Kucai - dicelur dengan air mendidih dan dimasukkan terus ke dalam mangkuk air yang berisi ais. ini untuk mengekalkan struktur daun agar tidak layu dan terputus ketikan sesi membonjot kulit popiah.
Cara-cara:
1. Satukan Bahan A di dalam satu mangkuk dan gaul sebati.
2. Letakkan satu sudu kecil Bahan A ke dalam helaian kulit popiah dan ponjotkan seperti uncang beg duit.
3. Ikat ponjot dengan daun kucai yg dicelurkan tadi.
4.Goreng hingga keemasan dan tos kan.
5.Hidang bersama sos manis ataupun mayonis.
No comments:
Post a Comment