Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah puasa tahun 2016 ini. Hari ini genap 18 hari kita berpuasa. Semoga lebih terus istiqomah dalam melakukan ibadat di bulan yang mulia ni.
Sepanjang bulan ramadhan ni,otak ligat pula berfikir menu apa untuk berbuka nanti. Belum pernah lagi makan makanan yang sama berulang kali. Hari-hari mesti menu yang berbeza untuk mengelakkan jemu. Bulan puasa beginilah semua makanan yang jarang jarang dimakan di waktu hari biasa mendapat permintaan yang tinggi dari ahli keluarga untuk ibu/isteri memasak.
Paling tidak pernah saya jemu ketika bulan puasa ialah mencari kuih cara berlauk di bazaar ramadhan. Hendak buat tidak terdaya kerana perkakas dan skill tidak mencukupi. Insya allah suatu hari nanti saya pasti akan buat juga kuih cara berlauk itu.
Ramadhan kali ini sangat berbeza dari ramadhan sebelumnya. Kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Berpuasa dan berbuka bersama keluarga selama 2 minggu di kampung sangat puas rasanya. Makanan pun menjadi meriah setiap kali waktu berbuka. Terima kasih Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini.
Alang-alang dapat berbuka bersama keluarga tercinta ni sudah pastinya saya menjamu keluarga dengan masakan yang jarang jarang kami makan. Antaranya Sambal Udang Petai.
Sambal Udang Petai
Sambal Udang Petai
Bahan A(kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
2 genggam cili kering
Bahan B
15-20 ekor udang
20 biji petai
Sedikit paste asam jawa
1 batang serai(dititik)
Sedikit minyak untuk menumis
Gula
Garam
3 hirisan bawang besar
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai titik sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan seketika.
3. Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan gula. Masak sehingga pekat dengan api yang kecil.
4. Tutup api dan boleh dihidang.
5. Letakkan sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan.
No comments:
Post a Comment