}

Monday 17 February 2014

Nasi Goreng Ikan Masin Yakin Boleh

Kelakar? Yup! sebab i tak mampu and tak pandai nak buat ala-ala macam restoran punya nasi goreng ikan masin. So selagi yakin boleh asal sedap. Campak je bahan-bahan yang ada dalam fridge tu.

Agak lama tak update blog sebab tak ada apa pulak rasanya resipi untuk di publish. Tapi husband kata mana-mana yang i masak tu even simple je masukkan aje dalam blog. Okla since dah pesan macam tu kan.


Macam tu la rupa nasi goreng ikan masin bila main campak asal yakin dan boleh. Ha Ha! Rasa macam malu pulak nak bagi resipi. Sebab senang sangat. Budak darjah 6 pun boleh buat. Tengok gambar pun dah tahu bahan apa yang i guna untuk masak nasi goreng ni. Tapi kena ingat,  rasa yang membezakan antara kita. :)


Jom try!


Bahan-bahan:

1 ekor ikan masin (digoreng siap-siap)
Ikan bilis (digoreng rangup ala ala ikan bilis nasi lemak tu)
Dried scallop (digoreng siap-siap)
1 genggam mix vege
4 ulas bawang putih(dipecah-pecahkan)
5 biji cili padi (ditumbuk/dipecahkan)
Nasi putih
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak
2 sudu kecil minyak bijan
Serbuk lada sulah


Cara-cara:

1) Panaskan minyak untuk menggoreng ikan masin, ikan bilis dan dried scallop. Jangan goreng semua dalam satu kuali pulak! Goreng satu per satu ya. Ketepikan. Dried scallop boleh di potong halus-halus. Ikan masin tadi diambil isinya.

2) Minyak daripada hasil gorengan tadi jangan buang. Kita pakai lagi untuk menumis bawang putih. Masukkan 2 sudu minyak bijan. Tumis bawang putih sampai keperangan dan naik bau, lepastu masukkan cili padi.

3) Masukkan mix vege dan goreng sampai lembut/empuk. Nak lagi senang, lepas keluarkan vege tu dari fridge, rendam sekejap dalam air panas untuk bagi vege tu cepat lembut dan masak.

4) Dah agak-agak macam lembut/empuk masukkan ikan bilis goreng, dried scallop beserta isi ikan masin. Kacau sekejap dan masukkan nasi putih dan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna.

5)Perasakan dengan lada sulah dan garam.

P/s: Kalau takda dried scallop boleh gantikan dengan udang kering.

Siap!


Boleh bawak bekal pergi office. Jimat kos untuk makan tengahari. Dan mengenyangkan. :)

No comments:

Post a Comment

Copyright © to Najiha Khairul.