Dah lama tak update resepi. Cuti 4 hari dari hari Jumaat haritu until semalam sempena CNY and Hari Wilayah. Tak dapat la nak update memandangkan laptop kat office. So harini boleh la berkesempatan nak update. Selama 4 hari bercuti ni kerja i dengan husband masak, makan, masak, makan. Rajin pulak kan nak masak itu ini. Malas nak makan luar, sebab nak berjimat. Jadinya, kita masak jelah dekat rumah.
Dari hari Jumaat sampaila semalam, soalan "nak makan apa?" tu mesti ada. Bahan kat rumah semua cukup dah, cuma takde idea nak masak apa. Tapi haritu, rasa teringin sangat nak makan sayur masak lemak putih. Masa kecik-kecik dulu, tok selalu buat. Mak pulak jarang nak masak sayur lemak putih tu. Mungkin tak berapa suka ataupun adik yang tak suka makan.
Tengok-tengok resipi rupanya tak susah langsung nak buat sayur masak lemak putih ni. Kalau orang kelantan, diorang suka rebus ikan lepastu masuk dalam kuah lemak ni. Dah macam kuah laksa pun ye. Tapi i boleh bayangkan, memang sedap tu. Ada sesetengah orang suka masukkan ikan bilis. Macam-macam la untuk bagi rasa.
I check dalam fridge, ada ikan selar kuning, ada cili padi, limau nipis. Check dalam kabinet pulak ada BUDU!! Macam kena je pulak dengan sayur lemak tu kan. Takde ikan masin pun takpe. Goreng ikan pun dah memadai. Senang hati sangat nak masak haritu. Simple-simple pun kenyang. Husband yang tak pernah makan BUDU pun berselera. Takpe, bagi dia rasa makanan kampung. Walaupun tengah nak ber-DIET. Katanya lah kan.
Jom try!
Bahan-bahan:
1 santan kotak (kecik)
Udang kering (agak-agak dalam 3 sudu besar,direndam dan ditumbuk)
2 ulas bawang putih (dititik)
2 ulang bawang merah (dihiris halus)
1/2 bawang besar (dihiris halus)
1 biji cili merah (dipotong serong)
Garam
Gula
Kobis
Lobak merah
-- nak letak macam-macam jenis sayur pun ok, asal boleh.
Caranya:
1) Masukkan santan,bawang putih, bawang merah, bawang besar, udang kering ke dalam periuk. Biarkan mendidih. Kena sentiasa kacau nak elakkan daripada santan tadi jadi berketul. Masukkan sedikit air. I selalu sukat air guna kotak santan, so that lebihan santan dalam kotak tu takdela membazir. Sukat dalam 2 atau 3 kotak. Depends.
2) Dah mendidih and dah naik bau, boleh masukkan sayur-sayur tadi. Cili merah jangan lupa. Bagi ada warna sikit untuk sayur lemak tu. Lepastu boleh perasakan dengan garam dan gula. Sayur kalau terlebih masak pun tak sedap. Hilang zat dia. Biarkan dalam 5 minit macam tu boleh la dihidang.
Senang kan? Tak rumit pun nak buat sayur masak lemak ni. Goreng ikan, buat BUDU sikit. Kalau ada ulam lagi BAGUS makan dengan nasi panas.
No comments:
Post a Comment